Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama pihak pengurusan
pusat beli-belah Bintang Megamall telah mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2016
yang bermula pada 20 sehingga 29 Mei 2016 selama 10 hari.
Promosi Kraf
Malaysia 2016 ini diadakan di Bintang Megamall, Miri bermula dari jam
10.00 pagi hingga 10.00 malam. Promosi yang bertemakan “Beli Kraf
Malaysia” ini melibatkan penyertaan seramai lebih 63 penyertaan usahawan yang
terdiri dari bidang kraf tekstil, logam, hasil tanah, hasil rimba dan aneka
kraf.
Terdapat pelbagai jualan kraf dari pelbagai bidang kraf
dihasilkan oleh usahawan kraf tempatan serta dari luar Sarawak dan juga aktiviti
interaktif kraf seperti mewarna batik disediakan kepada pengunjung yang hadir.
No comments:
Post a Comment