Monday, May 20, 2013

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2013 – MIRI HANDICRAFT CENTRE, MIRI


Miri, Sarawak – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri dan Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera (UPUB) sedang mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2013 Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Miri Handicraft Centre, Miri, Sarawak bermula pada 18 hingga 26 Mei 2013 dengan penyertaan usahawan seramai 69 usahawan dari Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Melaka bersempena dengan acara tahunan sambutan Hari Bandaraya Miri pada 20 Mei 2013.

Kepelbagaian produk kraf tempatan di Sarawak

Untuk makluman anda semua, bulan Mei merupakan bulan sambutan ulang tahun Bandaraya Miri yang ke 8 dan sempena sambutan tersebut, beberapa aktiviti dan acara telah dirancang oleh pihak Majlis Bandaraya Miri bagi memeriahkan sambutan. Bulan Mei juga merupakan bulan untuk masyarakat Iban membuat persiapan dan membeli-belah untuk perayaan Gawai. Untuk makluman, masyarakat Iban merupakan masyarakat kedua terbesar di Miri. Majlis Bandaraya Miri juga telah mempromosikan sambutan tersebut di Sabah dan Brunei.

Majlis perasmian dirasmikan oleh Y. Bhg. Encik Lawrence Lai Yew Son, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri bersama-sama wakil Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak Puan Salmi Hj Mohd Isa


Bertemakan “Beli Kraf Malaysia” ,kempen ini bertujuan menggalakkan masyarakat Malaysia dalam memakai dan menggunakan produk kraf buatan tempatan sebagai satu gaya hidup dan bagi menyemarakkan kembali cintakan seni warisan kraf tempatan di kalangan generasi muda.


Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan lagi promosi ini seperti pelbagai jualan kraf seperti tekstil, hasil rimba, hasil tanah, logam dan aneka kraf serta jualan makanan dibawah kelola Unit Pembangunan Usahawan Sarawak (UPUB). Selain itu, demonstrasi kraf juga diadakan dalam promosi ini bagi melihat sendiri pembuatan kraf dilakukan secara terus kepada pengunjung yang mengunjungi promosi ini seperti pembuatan sarung parang dari Lawas, pembuatan pasu Iban dari Batang Ai dan pembuatan aksesoris siput dari Sematan.


Kepelbagaian produk kraf tempatan yang diusahakan oleh usahawan kraf


Tidak lupa kepada aktiviti pendidikan kraf juga diadakan untuk memberi pendedahan dan mengetahui bagaimana untuk menghasilkan kraf secara terus menerusi aktiviti ini sempena Promosi Kraf Malaysia 2013 seperti mencanting dan mewarna batik, menganyam buluh serta sulaman manik.


Lawatan rasmi selepas perasmian ke lot-lot jualan usahawan

Persembahan kebudayaan juga diadakan di sebelah malam bagi menghiburkan para pengunjung yang hadir ke promosi ini dan menerusi aktiviti ini kita juga dapat menyaksi dan mengenali lebih dekat seni warisan kebudayaan dari Miri ini amnya. Persembahan kebudayaan ini bermula jam 8.00 malam sepanjang promosi ini berlangsung.

Suasana meriah dengan pengunjung yang hadir mengunjungi promosi ini

Jom beramai-ramai kita mengunjungi Promosi Kraf Malaysia 2013 di Miri Handicraft Centre pada 18 hingga 26 Mei 2013 dan bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam...