Thursday, December 30, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Pengarah dan semua anggota kerja
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak
mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 kepada
Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah dan semua anggota kerja KRAFTANGAN MALAYSIA yang berada di seluruh Malaysia.
Semoga Tahun 2011 KRAFTANGAN MALAYSIA berjaya melaksanakan peranannya dengan lebih berkesan dan berinovasi dalam meningkatkan pasaran tempatan dan luar negara yang disasarkan.

TERIMA KASIH

Wednesday, December 15, 2010

AKTIVITI / PROGRAM / LAWATAN

LAWATAN ROMBONGAN BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ANGKATAN TENTERA (BAKAT) PENGKALAN UDARA (PU) KUCHING

JUMAAT, 10 Disember 2010 : Seramai 40 orang isteri-isteri ahli-ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Udara telah membuat lawatan rasmi ke KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak yang diketuai oleh Puan Sri Asnah bt Din (Isteri Panglima Tentera Udara). Rombongan telah dibawa melawat Geleri Muzium dan Usahawan Skim Pengeluaran Inkubator Kraf dan melakukan interaktif mewarna batik.






PAMERAN MAJLIS ANUGERAH INOVASI SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK


08 – 10 Disember, 2010 : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah menyertai Pameran Anugerah Inovasi Setiausaha Persekutuan Sarawak 2010 di Lobi, Bangunan Sultan Iskandar, Simpang Tiga, Kuching. Majlis pameran ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Datuk Abu Bakar Mat, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, mewakili Setiausaha Persekutuan Sarawak.

KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak telah mempamerkan peralatan Inovasi Tenunan Pua Kumbu.




LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR PUSAT TUISYEN AKADEMIK LS

KHAMIS, 9 Disember 2010 : Seramai 45 orang pelajar-pelajar dari pelbagai sekolah yang menyertai Pusat Tuisyen Akademik LS bersama 6 orang guru telah membuat lawatan sambil belajar ke KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sarawak. Rombongan telah dibawa melawat Geleri Muzium dan Usahawan Skim Pengeluaran Inkubator Kraf.